Wednesday, April 15, 2009

Bencana banjir


Bencana banjir..

Bencana banjir yang melanda negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia pada pertengahan bulan Disember 2005 telah mengakibatkan kemusnahan dan kerugian harta benda yang berjumlah jutaan ringgit. Ia juga mengakibatkan ramai penduduk dipindahkan dari rumah kediaman masing-masing ke pusat pemindahan yang lebih selamat.
Hujan lebat di negeri-negeri Perlis dan Kedah yang memuncak pada 17 Disember 2005 telah mengakibatkan banjir di negeri-negeri tersebut selama beberapa hari mulai tarikh tersebut. Malahan negeri-negeri Perlis dan Kedah telah menerima hujan yang melebihi nilai purata hujan bulanan semenjak bulan November 2005 lagi. Jumlah hujan yang jauh melebihi nilai purata hujan di kedua-dua negeri tersebut berlaku semenjak November dan pertengahan pertama Disember 2005. Hujan lebat yang mula turun pada 15 Disember 2005 dan mencapai kemuncak pada 17 Disember 2005 merupakan faktor utama banjir teruk yang berlaku setelah dipengaruhi dengan kuat oleh pengunjuran dan penguatan palung monsun timur laut dan vorteks gangguan monsun yang melangkau hingga ke negeri-negeri utara Semenanjung itu.

No comments:

Post a Comment